Pages

Tuesday 5 July 2011

The Windows Phone



Window Phone adalah telefon bimbit jenis concept yang boleh diubahsuai perkakasannya seperti tingkap yang mengikut peredaran cuaca.Bentuk telefon bimbit ini diperbuat dari plastik yang nipis dan telus seperti kaca.Telefon bimbit ini boleh berubah mengikut cuaca seperti bila cuaca cerah ia akan menjadi cerah, kalau hujan ia akan akan kelihatan basah. Pengguna boleh menulis sms dan melukis gambar di telefon tersebut. Skirn telefon ini sangat sensitif.Pengguna juga boleh memberi arahan dengan bercakap untuk membuat pesanan ringkas.
Telefon ini di reka oleh Seunghan Song







Nokia Morph Concept



Nokia Morph Concept adalah telefon bimbit yang menarik di masa hadapan yang boleh menggantikan apa sahaja telefon bimbit masa kini.
Rekaanya yang nipis dan berbentuk lutsinar yang berwarna hijau. Ia menggunakan skrin sesentuh. Antaramukanya terletak di seluruh telefon ini. Telefon ini juga boleh diletak di pergelangan tangan kerana telefon ini boleh diubahsuai kedudukannya. Ia mempunyai skirn yang lebar.
Nokia Morph ini mempunyai sistem "Self Cleaner" iaitu ia boleh membersihkan sebarang kekotoran seperti kesan cap jari, habuk dan sebagainya.
Teknologi Nokia Morph ini lebih maju dari iPhone sekarang.
Ia dicipta oleh Nokia INC sendiri.



Laptop/Desktop Hybrid



Laptop atau Desktop Hybrid ini adalah jenis komputer yang terbaru. Ia berbentuk seperti UFO. Komputer ini komputer berbentuk konsep dan ideal pada pengguna yang inginkan kelainan.
Ia menggunakan teknologi hologram yang memancarkan antaramuka di dalam keadaan apa jua tidak kira gelap atau terang. Ia berfungsi seperti komputer juga.Ia tidak mempunyai mouse tetapi ia menggunakan omni directional yang boleh dipusing 360 darjah.omni directional ini juga berfungsi sebagai projekter yang boleh mengeluarkan antaramuka di mana-mana tidak kira apa jua permukaan.
Hybrid ini tidak mempunyai sebarang wayar,semuanya terdapat di dalamnya. Papan kekuncinya menggunakan touch screen yang tidak mempunyai bunyi. Komputer Hybrid ini mudah dibawa kemana-mana sahaja.
Ia direka oleh Won Seok Lee seorang pereka terkenal di Korea.


Apple Black Hole Holographic Phone



Apple telah mencipta telefon bimbit yang terbaru iaitu Apple Black Hole Holographic Phone yang bakal keluar di tahun 2020. Telephone ini sungguh menarik sekali kerana ia berbentuk kecil sekali. Ia menggunakan sistem hologram untuk berinteraksi terhadap pengguna.
Konsep The Apple Black Hole ini menggunakan teknologi sistem hologram yang mempunyai semua fungsi fungsi telefon bimbit biasa.
Bila anda membuka tangan anda dan menekan bebola hitam di tengahnya, bebola hitam itu akan terkeluar lalu bebola itu akan mengeluarkan hologram yang mempunyai antaramuka.
Apple Black Hole ini tidak perlu dicas kerana ia menggunakan sistem solar.

iBangle



iBangle adalah konsep pemain MP3 terbaru Apple suffle pod. Seni rekanya yang unik dan menarik yang diletak di pergelangan tangan tanpa skrin. iBangle juga mempunyai ciri-ciri yang menarik sekali.
Yang paling utama iBangle ini tidak mudah terjatuh kerana ia diletak di pergelangan tangan.
Ia tidak mempunyai wayar dan tidak mempunyai earphone. Ia menggunakan gelombang wireless yang diletakkan didalam telinga yang berbentuk kecil sekali.
Butang navigasinya sedikit sekali.Butang kecil yang berwarna biru adalah butang on/off manakala jalur yang berwarna biru adalah butang next,back,volume up dan volume down.
iBangle ini direka oleh Apple INC sendiri.